MEH BORAK2 KAT SINI ...

Powered by IP2Location.com
Counter


counter

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


AGENDA DIRI SENDIRI UTK DIINGATI (kalu Allah panjangkan umur....:D)




AKU TAKSUB MENCINTAI MEREKA2 INI ...
Me love/me cinta/me syg/me hubby/me deng...me all ... :D


Me Dotter ... NUR ADELINA IZZATI (17 SEPTEMBER 1998)

Me Son ... MUHAMMAD IRFAN SYAFIQ (29 MEI 2000)

Me Son ... MUHAMMAD IMAN SYAHMI (17 JUNE 2004)


<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, October 15, 2008
sahabat ...

Hidup kita mmg sentiasa diduga. Bersabarlah. Tidak semua org bahagia. Tidak semua org gembira. Tidak semua org sempurna. Bersabarlah.

Sebagai sahabat, aku hanya mampu mendengar dan berdoa walaupun engkau di sana dan aku di sini. Masih boleh telefon,kan? Masih boleh sms,kan? Masih boleh email,kan? Hubungilah aku bila2 masa, aku ada utk engkau. Bersabarlah. Aku mampu menangis dan ketawa bersama engkau. Tapi bebanan yg engkau tanggung hanya engkau yg mampu merasa beratnya. Aku tau. Aku juga pernah merasa. Dan waktu itu ... engkau juga ada utk aku. Ada utk mendengar rintihan hati aku. Ada utk menangis bersamaku. Kitakan sahabat ? Bukan sehari dua. Bukan setahun dua. Cukup lama utk aku mengenali hati budi engkau & engkau mengenali hati budi aku.  Bersabarlah.

Tuhan tidak akan menduga engkau jika dia tahu engkau tidak mampu utk menanggungnya. Bersabarlah. Demi engkau. Demi permata hati engkau. Bersabarlah. Tuhan sentiasa adil. Mintalah dari dia sedikit ketenangan jiwa. Mintalah dari dia sedikit ruang utk menikmati bahagia. Mintalah. Dia sentiasa memberi jika engkau meminta.

Aku hanya mampu mendoakan. Aku hanya mampu menangis bersama engkau.

NOTA KAKI BONDAROCK : "Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.  Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan" – Ibnu Abbas

 "Sesungguhnya yang lebih lama susahnya di dunia ialah lama gembirannya di akhirat & lebih lama kenyang di dunia akan lebih byk lapar di akhirat" – Ibnu Asahir


Posted at 10/15/2008 4:38:48 pm by akusorang

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry