|
Hidup kita mmg sentiasa diduga. Bersabarlah. Tidak semua org bahagia. Tidak semua org gembira. Tidak semua org sempurna. Bersabarlah. Sebagai sahabat, aku hanya mampu mendengar dan berdoa walaupun engkau di sana dan aku di sini. Masih boleh telefon,kan? Masih boleh sms,kan? Masih boleh email,kan? Hubungilah aku bila2 masa, aku ada utk engkau. Bersabarlah. Aku mampu menangis dan ketawa bersama engkau. Tapi bebanan yg engkau tanggung hanya engkau yg mampu merasa beratnya. Aku tau. Aku juga pernah merasa. Dan waktu itu ... engkau juga ada utk aku. Ada utk mendengar rintihan hati aku. Ada utk menangis bersamaku. Kitakan sahabat ? Bukan sehari dua. Bukan setahun dua. Cukup lama utk aku mengenali hati budi engkau & engkau mengenali hati budi aku. Bersabarlah. Tuhan tidak akan menduga engkau jika dia tahu engkau tidak mampu utk menanggungnya. Bersabarlah. Demi engkau. Demi permata hati engkau. Bersabarlah. Tuhan sentiasa adil. Mintalah dari dia sedikit ketenangan jiwa. Mintalah dari dia sedikit ruang utk menikmati bahagia. Mintalah. Dia sentiasa memberi jika engkau meminta. Aku hanya mampu mendoakan. Aku hanya mampu menangis bersama engkau. NOTA KAKI BONDAROCK : "Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan" – Ibnu Abbas |
| Leave a Comment: |